Usahawan Wajib Berzakat

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Zakat: Kisah Benar

Seorang pemuda, baru memulakan kerja sendiri. Kehidupannya susah sehingga ke tahap tidak mampu memberi nafkah dengan sempurna kepada isterinya.

Pemuda selalu bersedekah duit dengan harapan, Allah akan membalasnya juga dengan duit.

Pemuda itu agak hampa kerana beliau masih belum terima balasan seperti yang diharapkan.

Pemuda itu berjumpa dengan kawan baiknya dan berkongsi kisah masing-masing.

Pemuda: Aku dah lama berniaga sendiri dan aku juga sedekah, tapi nampaknya Allah belum makbulkan doa aku.

Sahabat: Sahabat. Solat sunat tak laku kalau tak solat wajib.
Sedekah tak laku kalau tak zakat.
Mungkin kau ada waktu dulu yang layak berzakat, tapi kau terlupa. Berzakatlah.

Pemuda itu menerima nasihat sahabatnya.
Pada bulan itu, pemuda tersebut hanya menerima pendapatan lebih kurang RM400.

Beliau membayar zakat lebih kurang RM350 dengan harapan Allah menerima zakatnya yang pernah dia teralpa dulu.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa.

Dalam masa 9 hari dari tarikh dia bayar zakat, dia mendapat pembalasan sebanyak RM4,300.

Beliau sangat bersyukur dan meneruskan bayar zakat pendapatan setiap bulan.

Beliau beroleh pendapatan yang banyak, bermula saat itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sahabat ada kisah benar berkenaan zakat? Mari berkongsi. ?
Zakat adalah Berkat

-Coach Jamil

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: