Sejarah Penubuhan Coaching 4 Business..

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

ILHAM

Diilhamkan pada awal 2018 oleh 2 Saudara, iaitu Coach Zul + Coach Jamil dalam 1 Pertemuan, ketika mereka bergandingan dalam Program Coaching For Leaders.

Bukan Asing Bagi Coach Zul + Coach Jamil bergandingan bersama. Mereka kenal Sejak di Zaman Universiti lagi seawal tahun 2000 di UPM. Bersahabat & Memimpin Kolej Tentera bersama-sama. Gandingan Duo Jurulatih ini berputik semasa Kem Biro Tatanegara Pada Tahun 2005 kepada pelajar sekolah. Lalu timbulnya keinginan untuk membuka syarikat berasaskan khidmat “Consultancy”

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Perjalanan menempuh alam lepasan universiti, mereka bersama-sama membangunkan perniagaan di Taman Negara Sungai Relau Merapoh. Benar, perniagaan tidak mudah. Sebagai insan baru menceburi bidang latihan (konsultansi), mereka bergelut mendapat kepercayaan guru sekolah dalam usia yang sangat muda, apatah lagi Network Rakan-rakan yang masih setahun jagung memohon pekerjaan.

Setelah 3 Tahun, Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti mengusahakan perniagaan dan mula mencari Peluang Untuk Diri, mencari ILMU dan meneruskan Halatuju Kehidupan.

PENSIJILAN ANTARABANGSA

Setelah 10 Tahun menimba pengalaman masing-masing, mereka berdua mula mengorak langkah demi langkah mengikut citarasa sendiri. Tuah dan Nasib tidak lagi menjadi keutamaan. PILIHAN yang diberi diguna segenap segi.

Coach Jamil Wahab.. 

Mempunyai Aura yang tersendiri dalam setiap tutur kata beliau dalam CERAMAH. Tidak dinafikan, personaliti beliau sentiasa menjadi buah mulut peserta terutama sekali penyampaian dan anugerah Suara Emas yang dimiliki beliau menjadikan beliau dipinang oleh Radio Klasik.fm penghujung tahun 2017 yang lalu.

Memiliki banyak pensijilan Coaching (Dalam & Luar Negara) kerana keupayaan beliau, dan minat yang mendalam terhadap dunia Coaching/Latihan/Pembelajaran atau disebut juga sebagai Bidang SOFTSKILLS. 5 tahun berkecimpung dalam bidang Coaching ini, beliau sering dijemput oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan persendirian bagi tujuan penyelesaian masalah organisasi, atau menambah nilai organisasi menggunakan pendekatan COACHING, samada di dalam Negara atau Luar Negara.

Satu kebanggaan untuk Dunia Latihan apabila seorang lagi COACH berbakat besar wujud di Malaysia. Berjaya menghasilkan Modul Sendiri iaitu “One Coaching” telah membuktikan beliau bukan seorang Coach yang calang-calang, bahkan seorang penulis dan pemikir yang berwibawa untuk membantu Masyarakat, di dalam dan luar negara.

Coach Mohd Zulhazri Bin Azmi

Coaching For BusinessMula mengorak langkah sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan di syarikat swasta yang berpangkalan di MSC Status Company. Beliau mula menyerlahkan bakat perniagaan beliau setelah berjaya membawa syarikat berkolabrasi dengan MICROSOFT, DELL, KASPERSKY, INTELL dan menempa banyak kejayaan.

Coach Zul  tidak menunggu lama untuk meneruskan impiannya kembali berniaga. 5 Tahun menuntut ilmu tentang perniagaan, dan mengenali Pelanggan, mengenali pengurusan syarikat, dan selok belok berurusan dengan badan kerajaan & korporat.

Keputusan membina empayar perniagaan sendiri bermula dengan kos yang cukup rendah. Beliau tidak menunggu Modal RM 10,000 baru buka perniagaan. Modal ketika itu hanya RM 500 sahaja. Hanya Setahun Masa Mengusahakan perniagaan, beliau dah mula membuka syarikat cawangan di Kota Bharu.

Coach Zul antara 3 Jurulatih Bisnes Online Cemerlang Negara dalam membantu masyarakat Mahir dalam Perniagaan Online sejak tahun 2016. Anugerah yang dimiliki membantu beliau mengembangkan lagi bakat mengajarnya untuk membina Modul Ciptaan Beliau Sendiri iaitu Biz Online Marketing Mastery (BOMM) yang kini mendapat perhatian PUNB, Lembaga Zakat, KEJORA, MARA dan pelbagai lagi agensi kerajaan dan persendirian. Sehingga kini, beliau telah melatih lebih 10,000 usahawan samada melalui program eUsahawan, atau mana-mana kursus yang dianjurkan di seluruh negeri.

“DUO COACH TERBAIK KINI BERGABUNG”

COACHING for Business, menjadi medan pertempuran dua sahabat ini untuk mengorak langkah membantu lebih ramai Usahawan dan menerapkan nilai Coaching dikalangan Usahawan.

2 Kepakaran digabungkan dalam 1 SEMINAR iaitu:

  1. Kepakaran Perniagaan Online
  2. Kepakaran Coaching

Tatkala pasaran Coaching masih lagi baru di Malaysia, mereka bertindak sangat berani tampil di khalayak umum dan memperkenalkan teknik “C4Biz” kepada ramai Usahawan di Malaysia, dan impian mereka membawa C4Biz sehingga ke Luar Negara.

SEMINAR COACHING 4 BUSINESS PERTAMA DI MALAYSIA

Adalah menjadi 1 Pengalaman Baru Untuk SEMUA Usahawan,  merasai PENGALAMAN COACHING Sebenar Di Dalam 1 Seminar. Bayangkan Kos Untuk Coaching Yang Bernilai Ribuan Ringgit, menjadi kecil kerana telah di’SEMINARKAN’.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bersama Coach Zul + Coach Jamil di Seminar C4Biz.

DAFTAR SEKARANG

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: