“Sales aku jatuh la sebab dah ramai pesaing”

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

HEBAT TUAN JAMIL HEBAT!!

“Sales aku jatuh la sebab dah ramai pesaing”

“TOLONG JANGAN MEMBANGAU”, jelas Tuan Jamil.

Ha, apa itu ‘Jangan Membangau’? Ah, senang kata jangan jadi bangau seperti dalam lagu ‘Bangau Oh Bangau’.

.

Masih terngiang-ngiang di telinga kami, Ahli BNI Perdana dek kerana perkongsian oleh Tuan Jamil pagi tadi.

Antaranya ialah :

Kenapa nak ‘close sale’ pada orang?

1. Pertama kita kena tanya diri kita, kenapa nak ‘close sale’ pada orang lain? Jika jawapannya ialah sebab nak ‘sesuatu'(keuntungan) dari orang lain bermakna kita sedang ‘inviting unnecessary stress’. Ya, kita akan stress kerana closing ialah RESULT, dan RESULT ialah hak mutlak Allah SWT.

2. Apa yang perlu dilakukan? Jawapannya ‘USAHA’. Ya usaha, kerana USAHA itu ialah tuntutan Allah. Bila kita USAHA, RESULT kita serah pada ALLAH.

3. Mindset kena betul, usah menanggungjawab orang lain.

4. Usah kata “Tiada rezeki” kerana rezeki itu dari Allah.

5. Usah berniaga seperti berjudi, semuanya perlu perancangan

6. Gunakan ‘sifat-sifat’ ‘POYO’ atau kelebihan diri contohnya KACAK, PERAMAH dan SEGAK untuk membuat closing dan hendaklah sedar ini ialah anugerah ALLAH yang ALLAH beri untuk kita gunakan sebaiknya

7. Elakkan sifat IBLIS, iaitu berasa hebat pabila dapat ‘closing sale’ kerana itu ialah amalan yang SYIKIN.

.

Dan seterusnya, bagaimana beliau mempamirkan teknik-teknik membaca ‘Bahasa Tubuh’ dan komunikasi

Antaranya ialah :

1. Teknik bersalam

2. Teknik pegang speck agar nampak bijak

3. Teknik tidak menutup power zon

4. Tidak menutup sendi agar tidak kelihatan insecure

5. Cara berkomunikasi dengan orang yang berpeluk tubuh

6. Cara berkomunikasi dengan orang yang mendepakan tangan

7. Cara berkomunikasi dengan orang menunduk dan menurunkan speck kemudian memandang kita seperti ‘orang tua’

8. Cara berkomunikasi dengan orang visual, auditory dan kinesthetic

9. Cara berkomunikasi agar nampak powerful, confidence dan elakkan nampak gugup

10. Pabila pitching elakkan perkataan ‘Kalau’, atau ‘Jika’, sebaliknya gantikan dengan ‘When’, atau ‘Bila’

11. Elakkan perkataan ‘Tapi’ kerana perkataan ini ialah perkataan yang memadamkan semua perkara baik dalam ayat kita.

12. Teknik hipnotis, seperti ulang perkataan ‘berminat’ dengan bijak di dalam ayat.

.

Fuh jika nak dikongsikan amat banyak. Amat bertuah pada mereka yang hadir pada pertemuan kita di THE BOSS pagi tadi kerana dapat mendengar sendiri dari Tuan Jamil.

Kami dari pihak event coordinator dan BNI Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Jamil di atas perkongsian yang amat bermakna buat kami. Perkongsian yang amat bermakna, hanya Allah dapat balas jasa tuan

dan tidak lupa ribuan terima kasih kepada semua VISITOR-VISITOR yang hadir insyaallah di masa akan datang kita akan jalankan acara seperti ini lagi. Yang tak dapat hadir minggu ini, nak datang minggu depan pun boleh kerana BNI Chapter Perdana memang meeting seminggu sekali setiap hari Selasa bermula jam 7am. Jom kita bernetworking bersama

#BNI
#BusinessNetworkInternational
#BNIPERDANA
#CHAPTERPERDANA
#PLATINUMAKUMARI
#PERDANAPLATINUM
#BANGGAJADIPERDANA

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: