9 Ciri Usahawan Berjaya

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

PERNAHKAH anda mengimpikan untuk membina kejayaan sendiri? Menjadi bos memang menyeronokkan, namun realitinya tidak semua individu layak untuk membina dan memimpin perniagaan sendiri.

Biasanya, usahawan-usahawan berjaya dilihat mempunyai kualiti keperibadian yang sama, di mana kebanyakan mereka sentiasa mengasah bakat dan kualiti yang dimiliki. Jom kita lihat sembilan ciri-ciri ideal yang anda harus ada sebelum memulakan perniagaan sendiri:

1. Motivasi

Optimis dan semangat juang adalah ciri utama yang sangat ketara dalam diri seorang usahawan. Mereka selalu memikirkan jalan untuk meningkatkan perniagaan. Sekiranya anda tidak mampu untuk memotivasikan diri sendiri dan tidak dapat mengekalkan tahap motivasi yang stabil untuk jangka masa panjang, tidak mungkin anda dapat bangkit semula untuk menghadapi dugaan dalam situasi yang mencabar.

2. Kreatif dan persuasif

Usahawan yang berjaya mempunyai daya kreativiti untuk bukan sahaja mencipta, malahan untuk mengenali dan mengejar peluang. Mereka gigih dalam mengejar matlamat. Adakah anda memiliki apa yang diperlukan untuk mempromosikan perniagaan anda secara terus-menerus tanpa henti? Adakah anda bersedia untuk mencari peluang dan cara-cara baharu untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda?

3. Serba boleh

Dalam sebuah syarikat, rakan sekerja boleh diharapkan untuk memberi bantuan atau sokongan. Sebaliknya, sebagai seorang usahawan, anda akan memulakan perjalanan keusahawanan anda sebagai seorang solois, yang bermakna anda akan bersendirian dan menjadi sistem sokongan anda sendiri untuk seketika. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab dalam segala hal. Peranan ini memerlukan anda untuk bersiap sedia secara fizikal dan mental pada peringkat awal perniagaan anda.

4. Kemahiran perniagaan yang tinggi

Adalah penting bagi seorang usahawan untuk menyiapkan prosedur, proses, operasi dan sistem dalaman untuk menjalankan perniagaan. Aliran tunai, jualan dan hasil adalah fokus utama seorang usahawan. Usahawan yang berjaya juga harus mempunyai rangkaian kenalan profesional yang luas, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran perniagaan. Apakah kelebihan yang anda miliki itu akan berjaya dipraktikkan dalam pelan perniagaan dan strategi yang anda ingin kejar?

5. Sedia hadapi risiko

Ianya jelas bahawa menceburi bidang keusahawanan datang dengan risiko yang tidak semua orang bersedia hadapi. Adakah anda bersedia mengambil risiko? Bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa risiko dapat dikurangkan dengan melakukan kajian menyeluruh mengenai industri, konsep perniagaan dan pasaran anda.

6. Semangat

Seorang usahawan selalu menjadi pemacu keseluruhan operasi, oleh itu, penting bagi anda untuk menjadi proaktif kerana anda berada di kerusi pemandu, mengemudi ke arah pelbagai pendekatan yang berlainan dalam industri. Pada ketika ini, anda mesti meletakkan diri anda dalam salah satu kategori – pelaku, seseorang yang bertanggungjawab dan gemar membuat semua pekerjaan sendiri atau adakah anda seorang individu yang lebih suka orang lain untuk membuat kerja untuk anda?

7. Visi

Titik fokus sebarang operasi perniagaan adalah untuk menentukan ke mana arah tuju perniagaan tersebut dan di mana ia harus berdiri di dalam industri kelak. Sebagai pengasas, ketua dan pengendali perniagaan, anda adalah satu-satunya individu yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan mempunyai visi yang jelas tentang apa yang anda kehendaki daripada perniagaan anda. Jadi, adakah anda seorang yang dapat meramal industri serta apa yang akan datang pada masa hadapan?

8. Fleksibiliti dan berfikiran terbuka

Walaupun dengan visi dan tujuan yang pasti, para usahawan tetap akan menghadapi banyak ketidakpastian terutama apabila perniagaan anda berkembang di pasaran. Oleh itu, anda perlu fleksibel dan sentiasa bersedia untuk membuat perubahan kepada strategi dan rancangan anda sepanjang perjalanan. Ianya penting untuk anda menyesuaikan diri dengan perubahan kerana tiada satu cara yang tepat untuk mengendalikan perniagaan.

9. Ketegasan

Penangguhan sememangnya bukan satu sifat yang dimiliki seorang usahawan berjaya.

Sifat ragu-ragu bukan hanya akan memperlahankan kemajuan perniagaan anda tetapi ciri-ciri ini juga akan menyebabkan anda kehilangan banyak peluang utama yang sebenarnya dapat memajukan anda ke arah kejayaan dan pelbagai pencapaian.

Anda dikehendaki membuat keputusan dengan pantas dan tegas, di mana keputusan tersebut akan menjadi tindakan yang memberi hasil dan pulangan yang cepat.

Kesimpulannya, menjadi seorang usahawan adalah satu perjalanan yang memerlukan lebih daripada kemahiran. Ia memerlukan keberanian, sifat ingin tahu dan kebijaksanaan untuk mencapai visi yang anda miliki untuk perniagaan anda.

Adalah penting bagi setiap usahawan untuk mempunyai pemacu yang kuat untuk mendorong mereka maju ke hadapan dalam banyak situasi yang pelbagai.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri yang diperlukan?

Ayuh sertai kami di www.mybazar.com dan anda dalam perjalanan untuk mengendalikan perniagaan online anda sendiri!

Oleh: Vivine Tunku Azwil, Eksekutif Pemasaran MyBazar Malaysia

Sumber Asal: http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/sembilan-ciri-usahawan-berjaya-1.772471

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: