4 Tokoh Usahawan (Jutawan) Yang Patut Anda Kenal

TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

TOKOH : TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR

PROFILE TOKOH :

Nama                                   : Tan Sri Mokhzani Mahathir

Umur                                   : 54 tahun (Januari 1961)

Warganegara                       : Malaysia

Nilai harta kekayaan           : US$1.2 Bilion (2014)

Ibu bapa                             : Tun Mahathir Mohamad

Siti Hasmah Mohamad Ali

Sumber Kekayaan             : Perniagaan gas dan minyak

Status                                : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

Plenary-Session-Dato-Mokhzani-Mahathir-SAPURAKENCANA_01

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usahamereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.

Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah  Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.

Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang  mendalam dalam bidangpetroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.

Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerjasendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau  menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.

Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.

Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad , bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.

Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang paling tinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

RUJUKAN :

  1. http://panggungopera.blogspot.com/2014/02/rahsia-sebenar-mokhzani-mahathir.html
  2. http://www.sapurakencana.com/page/bod_view/7/15

TOKOH : DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH

PROFILE TOKOH :

Nama                                   : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Umur                                   : 35 tahun (24 Julai 1976)

Warganegara                       : Malaysia

Adik Beradik                       : Keempat daripada enam beradik

Pendidikan                          : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan                               : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,

Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Pencapaian                         : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang

membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad

Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan

Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009).

maxresdefault

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH

Pada usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.

“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebihmengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah… dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan”.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” menurutnya lagi.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,”.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,”.

Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,”.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.”Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengankakitangannya.Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,”

Rujukan :

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/09/biodataprofil-dato-sani-pemilik.html

http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-datuk-wan-mohammad-sani.html

TOKOH : DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID

PROFILE TOKOH :

Nama                 : Datuk Wira Dr. Maznah Hamid

Umur                 : 59 tahun (April 1955)

Berasal dari       : Ayer Hitam, Kedah

Pasangan           : Haji Shaheen Mirza Habib (1979 – kini)

Status                : Berkahwin dan memiliki 5 orang anak

Agama              : Islam

Warganegara    : Malaysia

Jawatan            : Pengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE ( 1981 – kini )

Pendidikan      :

  1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )
  2. Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)
  3. Diploma in Personal and Personnel Management – Personal Development Leadership Corporations (PDL)
  4. Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education – Hawaii, USA
  5. Business School For Entrepreneurs, USA
  6. Business School For Investors, Singapore
  7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.

maznah ahmad

 

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri’.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau juga merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan ‘success counsellor’ dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta ‘success counselor’ di institusi – institusi  pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk ‘MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN’ (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan.

Beliau memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).Datuk Maznah juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi

  1. Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  2. Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  3. Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  4. Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia – (UUM)
  5. Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) – UUM
  6. Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  7. Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  1. Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  2. Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  3. Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  4. Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  5. Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  6. Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  7. Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  8. Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  9. Presiden Kehormat USAHAWATI
  10. Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  11. Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  12. Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd

Rujukan :

http://securiforce.com.my/portal/index.php/company-background/datuk-dr-maznah-hamid

 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Maznah_Hamid

TOKOH : DATUK YUSOF HASLAM

PROFILE TOKOH :

Nama                                   :  Mohd Yusof bin Md. Haslam

Khan

Umur                                   : 61 tahun (April 1954)

Warganegara                       : Malaysia

Asal                                    : Jalan Pahang,Kuala Lumpur

Status                                 : Berkahwin dan memiliki 4 orang anak

Pekerjaan                           : Pelakon, Pengarah, Penebit

Filem yang Dilakonkan     :

  1. Filem Laksamana Do Re Mi – (1972) Pelakon Tambahan
  2. Jiwa Remaja (filem) – (1975) Pelakon Utama
  3. Loceng Maut – (1976) – (Artis Jemputan)
  4. Filem Cinta Dan Lagu – (1976) Pelakon Pembantu
  5. Sayang Anakku Sayang – (1976) Artis Jemputan
  6. Filem Detik 12 Malam – (1979) Pelakon Utama
  7. Tiada Esok Bagimu (filem) – (1979) Pelakon Pembantu
  8. Filem Ribut Barat – (1981) Pelakon Utama
  9. Jejak Bertapak – (1981) Pelakon Utama
  10. Bukit Kepong (filem) – (1982) Pelakon Utama
  11. Sikit Punya Gila – (1982) Pelakon Pembantu
  12. Senja Merah – (1982) Pelakon Pembantu
  13. Filem Penentuan – (1982) Pelakon Utama
  14. Mekanik (filem) – (1983) Pelakon Pembantu
  15. Filem Di Ambang Kasih – (1984) Pelakon Utama
  16. Filem Melati Putih – (1984) Pelakon Pembantu
  17. Filem Jauh Di Sudut Hati – (1984) Pelakon Pembantu
  18. Filem Rahsia – (1987) Pelakon Pembantu
  19. Permintaan Terakhir (filem) – (1987) Pelakon Utama
  20. Wira Angkasa – (1987) Pelakon Utama
  21. Driving School – (1990) Pelakon Pembantu
  22. Bayangan Maut – (1990) Pelakon Utama
  23. Harry Boy – (1991) Pelakon Pembantu
  24. Pemburu Bayang – (1993) Pelakon Pembantu
  25. Filem Balada – (1993) Pelakon Tambahan
  26. Gerak Khas The Movie – (2001) Pelakon Pembantu
  27. Gerak Khas The Movie II – (2002) Pelakon Tambahan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

 

 

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).Yusof yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah usia 56 tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ini mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang seni yang sudah sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.Akuinya, pada zaman muda dulu, memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari.Namun, kata Yusof, buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya bagi memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun dalam tempoh empat tahun lagi.

‘Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang. Jika nak diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah berdasarkan kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai anak seni yang sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya percaya perjuangan ini perlu diteruskan.’Saya akan teruskan selagi kesihatan mengizinkan dan ada kemampuan untuk terus berkarya, sekali gus memberi sumbangan di persada perfileman tanah air.’Saya juga jarang menghadiri majlis pelancaran drama dan filem ketika ini. Malah, saya juga lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga terutama cucu di rumah,’ katanya dalam pertemuan santai bersama Meja Hiburan, baru-baru ini.Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai masanya, beliau memberi peluang pada generasi muda untuk mengarah filem terutama pada dua anaknya, Syamsul dan Faizal.

Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.

Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan remaja ini ke pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja hanya mahu menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka sahaja. Memang pendapat ini tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah remaja itu dilihat dari kacamata orang tua, sepertimana seorang datuk yang melihat kehidupan cucunya yang dikatakan bermasalah. Datuk itu datang dari zaman lalu yang cuba mengatasi masalah remaja di zaman global. Dia tidak dapat menangkap dan memahami realiti sebenar kehidupan remaja tersebut. Lalu dia menggunakan kayu ukur zamannya untuk menilai kehidupan dan menasihati remaja masa kini. Yang keliru bukan anak remaja tersebut tetapi orang tua yang tidak memahami perubahan zaman itu. Inilah agaknya sebuah filem remaja yang penuh mesej, nasihat orang tua untuk remaja.

RUJUKAN :

http://www.defarhano.com/2011/07/biodata-datuk-yusof-haslam.html

 

http://k2irofast06.blogspot.com/2011/01/tokoh-datuk-yusuf-haslam.html

Mengapa Mereka Dipilih?

Saya memilih empat orang tokoh usahawan seperti yang telah dimuatkan dalam laman blog saya ini kerana setiap dari tokoh-tokoh ini memiliki penampilan dan sifat yang berbeza diantara satu sama lain.Pemilihan tokoh dalam blog saya ini diamil kira dari pelbagai latar belakang tokoh seperti naik turun kemajuan mereka dalam mencapai tahap usahawan yang berjaya.Saya memilih tokoh-tokoh usahwan dari kalangan warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu kerana saya yakin bahawa dengan terbitnya laman ini dapat membuka mata masyarakat Melayu agar mereka membuang rasa takut dalam diri untuk menceburkan diri dalam dunia keusahwanan.Setiap dari tokoh ini memiliki pengalaman yang berharga dalam perjalanan mereka untuk menjadi usahawan yang Berjaya dimana setiap dari mereka pernah jatuh dan Berjaya bangkit semula untuk terus berjuang demi perniagaan dan karier yang telah dibina.

Seperti yang tertulis,tokoh usahawan pertama ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir dimana beliau merupakan peneraju kepada syarikat gas dan minyak yang terkemuka di Malaysia SapuraKencana Petroleum.Beliau merupakan seorang tokoh yang memiliki sifat berdikari sendiri kerana beliau telah Berjaya membawa syarikatnya ke tahap yang tinggi tanpa mengharapkan bantuan dan pengaruh dari ayahdanya yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke – 4.Walaupun beliau mampu melonjak ke tangga yang tinggi dengan masa yang singkat dengan bantuan ayahnya tetapi beliau masih berkeras dan berpendirian tetap untuk maju selangkah demi selangkah untuk mencapai kejayaan dengan usaha dan titik peluhnya sendiri.Berkat usahanya,beliau Berjaya di namakan sebagai salah seorang dari orang yang terkaya di Malaysia.

Tokoh usahawan kedua yang menjadi pilihan ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Tokoh ini merupakan seseorang yang menghasilkan perniagaan yang diilhamkan dari zaman kecilnya dimana beliau merasakan rutinnya menaiki bas ke sekolah setiap hari sebagai asas kepada perusahaan syarikat pengangkutannya.DatukSani merupakan seorang usahawan yang memiliki sifat tabah yang tinggi dimana beliau harus diberi perhormatan apabila beliau tetap cekal dan yakin untuk meneruskan perusahaannya apabila rakan kongsinya telah mula mengangkat kaki dari perkongsian perniagaan ini.Keadaan syarikat yang bergolak dapat diatasi dengan lancer dibawah pengurusan beliau.Sifat unik yang dimiliki beliau ini telah membawa beliau untuk berdiri setaraf dengan usahawan-usahawan lain yang jauh lebih tua darinya.

Seterusnya tokoh ketiga yang dipilih ialah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau “Iron Lady Malaysia”.Tokoh merupakan satu-satunya usahawan wanita yang ditampilkan dalam blog saya ini.Tujuan saya menjadikan beliau sebagai salah satu pilihan saya ialah kerana beliau merupakan seorang tokoh yang berani dan berjiwa kental.Berdasarkan perusahaan yang diperkenalkan beliau merupakan satu perusahaan yang tidak sesuai untuk golonganwanita.Kerja yang kasar dan memerlukan individu yang kuat dan sasa dalam perusahaan ini.Tetapi Datuk Maznah mengambil cabaran ini dan cuba menukarkan pandangan orang lain bahawa seorang wanita yang memiliki jati diri yang kuat sepertinya mampu untuk memajukan perusahaan yang majoritinya terdiri dari kaum lelaki.Sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuai dijadikan contoh dan penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.

Akhir sekali,Datuk Yusof Haslam merupakan seorang usahawan yang memiliki pengalaman yang paling berharga dan berpengaruh kerana beliau menceburi bidang perfileman.Sebelum beliau memulakan perusahaan tersebut,beliau dengan sendirinya telah merasai setiap watak yang terlibat dengan perusahaan tersebut dimana beliau pernah menjadi pelakon sampingan,pelakon utama dan krew penerbitan.Pengalaman yang dimilikinya itu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan sangat membantu dirinya bagi menjayakan syarikat perfilemannya.Beliau bukan sahaja Berjaya seorang diri bahkan anak-anaknya turut bersama menceburkan diri dalam perusahaan itu dan Berjaya menjadi usahawan Berjaya mengikut langkah Datuk sendiri.Datuk Yusof juga pernah jatuh dalam mendaki kejayaan dimana filem yang diterbitkan beliau kurang mendapat sambutan.Usahawan-usahawan muda harus mengambil perjalanan beliau sebagai garis panduan dimana pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat penting sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Kesimpulannya,setiap tokoh usahawan yang dipilih memiliki cerita dan perjalanan perniagaan yang dapat dijadikan iktibar dan ransangan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan yang diusahakan.Setiap individu boleh berjaya sekiranya setiap dari mereka memiliki sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh usahawan seperti berani mengambil risiko,daya usaha berterusan,tidak mudah berputus asa,bijak mengambil peluang dan pelbagai sifat positif lain lagi.Setiap kejayaan yang dikecapi oleh usahawan-usahwan yang Berjaya hari ini bukanlah datang bergolek tapi turut disertakan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: