3 Perkara Wajib Elak sebagai Coach yang GEMPAK

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

3 Perkara Wajib Elak sebagai Coach yang GEMPAK.
.
1) Rasa Diri Sentiasa Betul

Menjadi seorang coach bukan bermakna sentiasa betul dalam apa jua hal.
Menjadi seorang coach adalah membantu coachee capai matlamat menggunakan nilai, kepercayaan, kekuatan, dan diri coachee itu sendiri.

Adalah baik untuk seorang coach mempunyai kerangka minda “Aku tidak tahu. Coachee lebih tahu. Aku hanya tanya soalan supaya Aku dan Coachee boleh tahu”

Merasa diri sentiasa betul adalah ciri-ciri Iblis.

Usah jadi Iblis nombor 2 & Usah jadikan Iblis nombor 2.
.
2) Bercakap Banyak

Seorang coach hanya bercakap dengan nisbah 20:80, dan 90% percakapan coach adalah soalan.
Maka siapa yang akan cakap banyak? Ya, coachee anda.
Untuk coach? Banyakkan DENGAR.
.
3) Menjadi Tempat Bergantung

Jika coach menjadi tempat bergantung untuk segala keputusan yang mesti dibuat, ingatlah, itu tanda coach belum buat coaching yang sebenar. Kemungkinan besar, coach hanya menjadi solution provider.

Nampak macam buat coaching, tetapi menggunakan ‘leading question’ untuk mengarahkan jawapan coachee kepada jawapan yang telah ada dalam kepala dan pemikiran coach.

Selamat mengelak daripada buat 3 perkara di atas.

Salam Coaching di hari Khamis.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

  • Leave a Reply

%d bloggers like this: